sebahagian yang terbaik dalam diriku adalah kamu
Lama sungguh.Amat lama sangat ruangan penulisan aku ini senyap sepi tiada berisi. Kehidupan hari ini amat-amat pantas bergerak dan masa itu meluncur laju saja. Manusia yang mengejar masa.Aku salah seorangnya.
Sekarang pengajian dan pembelajaran hidup di dunia ini memang semakin mencabar,tetapi aku masih mampu tersenyum melihat keadaan yang semakin mencabar dan tak menentu.
Ya.Memang sukar untuk aku gambarkan bagaimana dia itu boleh mengubah aku dari luar sehingga ke dalam tubuh dan pemikiran aku. Motivasi yang menggerakkan diri dari hari ke hari itu adalah separuhnya datang dari dia.
Aku tak pernah merasa malang, tapi aku pernah rasa kecundang. Tapi aku masih okay.Hidup Memang begitu bukan? Ada masa kita perlu sedar siapa kita sebenarnya.Tapi aku gembira sekarang kerana ada manusia seperti kamu yang sentiasa ada untuk aku kongsi dan luahkan. Cuma keadaan tak menentu ini buat aku perlu kerja keras.Lebih maju dan lebih fokus.
Cuma aku mahu katakan, sebahagian yang terbaik dalam diri ku kini adalah kamu. Kamu tahu siapa kamu :)
Mengapa manusia itu bertindak begitu? Mengapa manusia begini? Pelbagai jenis persoalan yang sering bermain difikiran kita sebagai manusia yang berhadapan dengan perjalanan hidup yang setiap harinya berlainan dan mempunyai cerita yang berbeza-beza.
Seringkali manusia itu bertindak mengikut situasi dan keadaan. Tetapi hakikatnya dunia setiap manusia itu berbeza-beza dan tidak pernah sama. Setiap orang lain cara dan lain rasa. Manusia itu sendiri kompleks, belum lagi bicara tentang isi hati dan perasaan manusia yang kompleks nya tidak mungkin difahami secara total. Perasaan dan pemikiran itu sangat berbeza. Berbeza antara manusia, berbeza rasa,berbeza kata. Apa mahu manusia itu tak semua faham. Tak semua mengerti.
Risiko adalah perkara pasti dalam setiap apa yang kita lakukan.Keraguan dan kegusaran adalah mainan pemikiran. Perubahan pula sesuatu yang boleh terjadi dalam sekelip mata. Siapa kita untuk meneka? Siapa kita untuk menilai? Penilaian manusia itu berbeza.Sebagai contoh,mungkin cantik itu definasi nya sungguh luas. Tiada siapa yang punya definasi pasti tentang cantik itu. Hakikat hidup memang begitu, risiko bersepah sana dan sini. Apa yang kita boleh buat adalah menyediakan diri kita untuk menghadapi risiko dan perjalanan hidup yang masih diberi peluang.
Tak akan boleh untuk kita mengawal perkara yang luar daripada kuasa kita.Tapi kita sudah pasti boleh mengubah dan merancang persepi diri sendiri. Cara kita berdepan dengan risiko, cara kita berdepan dengan hakikat dunia. Orang boleh menilai, orang boleh bercakap.Tapi kita yang akan bersuara dalam diri dan tunjukkan siapa kita sebenarnya. Cakap-cakap orang itu hanya “bunyi nyamuk yang mengganggu”. Kita ada sebab yang utuh mengapa kita bertindak, biarkan orang lain kata apa.Yang pasti, kita percaya dengan diri kita dan ia tidak menyalahi norma biasa manusia dan agama. Setiap manusia itu buat silap, buat dosa.Tapi hanya Tuhan yang menentu bagaimana ia diukur.
Bukanlah aku yang menulis ini tahu semua perkara, cuma menulis atas dasar rasional dan mahu berkongsi.Cetusan pemikiran anak muda yang berumur hampir 23 tahun. Mungkin tidak cukup pengalaman lagi, tapi ada cebisan untuk dikongsikan. Tekanan dan situasi itu mendidik manusia.Aku cukup tertarik dengan satu frasa ini iaitu ” Ini bukan masa untuk merangkak atau berjalan,ini masa tekanan hasilkan berlian…”. Ya, berlian berharga itu terhasil daripada tekanan yang amat tinggi.Jadi manusia juga hampir pasti begitu. Sekian.Wasalam.
bukan yang baru.
Memang payah untuk kita perbetulkan apa yang pernah kita buat di masa lalu. Kita boleh hanya jadi menyesal,menjadikan ia sebagai pengajaran dan mendapat pengalaman baru untuk kita melalui hidup.
Mungkin ada yang akan mengatakan sesuatu itu terjadi kerana ia sudah ditakdirkan. Seringkali manusia bertindak mengikut keadaan dan situasi.Manusia boleh terpengaruh dengan situasi dan boleh hanyut dengan keadaan. Masalah mula timbul jika sesuatu perkara yang berkaitan manusia ini tidak mempunyai pemahaman yang sama dan pendekatan yang sama.
Aku juga pernah merasakan aku banyak buat silap sepanjang hidup ini. Aku memang merasakan aku manusia yang sering membuat kesilapan. Tapi aku belajar daripada kesilapan.Situasi membuatkan aku jadi lupa dan tujuan asal sebenarnya mengapa aku bertindak sedemikian. Pernah aku katakan dulu, aku manusia yang kompleks dan suka berubah-ubah. Sudah banyak kali aku nyatakan. Itu dulu. Aku sudah lengkap satu pusingan pembelajaran dalam perkara yang berkaitan tentang hati dan perasaan.
Kini, aku sudah tahu apa aku perlu dan apa aku mahu. Aku sudah ada jawapan yang sangat aku yakin aku mahukan. Dulu, aku pernah juga rasa begini dengan seseorang yang sama.Tapi masa itu aku baru budak lelaki yang naif dan baru belajar. Sekarang, diusia yang hampir masuk 23 tahun, aku sudah pasti dengan apa yang aku mahu. Aku sudah banyak belajar tentang perkara ini. Kini aku sedar apa erti kehilangan dan betapa aku sangat rugi dan bodoh untuk pernah melepaskan apa yang pernah menjadi milik aku dulu. Aku rasa sangat bersyukur dengan peluang kedua yang telah diberikan Tuhan. Aku mahu perbetulkan keadaan. Aku mahu jadi lebih baik daripada yang dahulu.
Terlalu banyak jasa dia sepanjang perkenalan dengan dia. Dulu aku cuba lari dari realiti, aku lari jauh sangat secara fizikalnya.Tapi aku lupa dalam hati ditubuh badan ini dia tidak pernah terpadam.Sedikit pun tidak pernah padam. Aku cuma lari secara fizikalnya. Kini aku sedar silap aku. Sedikit pun aku tak pernah lupa tentang dia. Orang yang sentiasa ada dengan aku, dia tahu apa yang aku kurang faham dulu. Aku yang terlalu ego tidak mahu membuka mata ketika itu. Sekarang mata aku nampak jelas dan hati aku pasti.
Aku banyak menyakitkan hati orang sepanjang dewasa ini. Aku mengaku salah tapi aku terus belajar. Sekarang pembelajaran aku tamat di satu tempat. Di mana aku boleh menilai dia yang sudah lama ada itu tetap terus berada disitu.Tak pernah terpadam. Aku masih teringat tentang dia. Kompleksnya diri aku tinggi jugalah risiko nya. Aku tak pernah menyalahkan apa yang pernah terjadi.Semua yang terjadi adalah kehendak Tuhan dan aku hanya boleh belajar daripada kesilapan. Manusia sekeliling sudah tentu ada yang menilai aku ini jahat dan sebagainya. Aku mengaku aku tidak baik dan buat silap. Cuma satu sahaja aku mahu katakan. Aku juga berhak untuk merasakan apa itu gembira dan keindahan hidup. Aku juga mahu hidup dalam keadaan boleh tersenyum dan selesa dengan keadaan. Sekarang aku sudah dapat kembali apa yang aku hilang. Aku hanya menyambung cerita perjalanan sahaja dan bukan menulis yang baru. Aku juga perlu gembira.Terima kasih pada dia.
Teguh.
Mengapa manusia itu tidak seteguh akar pokok yang memang stabil? Kerana manusia ada perasaan dan pemikiran. Pemikiran yang mengubah dunia.Tindakan yang akan memberi kesan. Tiada teguh, maknanya tiada stabil. Walaupun satu hari nanti ia akan tumbang,tapi buat satu jangka masa yang agak lama ia teguh sentiasa.
Perasaan itu teguhkah? Manusia sendiri susah untuk menjawab.
Aku cuma mahukan satu.Satu yang aku belum tahu Tuhan akan beri atau tidak.
Aku hanya boleh berdoa pada Tuhan.Aku mahukan ketenangan.
Aku perlukan jalan terbaik. Aku perlukan jawapan.
Jawapan itu tidak perlu sekarang.





